Thursday, May 7, 2015

Pelan Transformasi Pengurusan & Imarah Surau 2015

TRANSFORMASI SUMBER MANUSIA

1) Penubuhan Unit Khas

a) Unit Kifayah

Objektif:

- Memastikan urusan fardhu kifayah dapat dilaksanakan dengan sempurna
- Melatih pelapis untuk pelaksanaan urusan fardhu kifayah

Organisasi:

- Ketua Unit Kifayah: Timbalan Pengerusi
- Fasilitator: 1) Sub-Unit Pengurusan Jenazah
                   2) Sub-Unit Penyembelihan Haiwan
                   3) Sub-Unit Ibadah Pesakit
                   4) Sub-Unit Imam dan Bilal

Kaedah Pelaksanaan:

- Penglibatan pasukan Unit Kifayah dalam urusan pengurusan jenazah, penyembelihan   haiwan, ibadah pesakit serta tugasan imam dan bilal.
 
b) Rakan Surau

Objektif:

- Merapatkan generasi muda dengan surau
- Mengurangkan dan membasmi gejala tidak sihat
- Melatih pelapis pendakwah

Organisasi:

- Ketua Rakan Surau: Bendahari
- Ahli: Melalui rekrutmen
 
Kaedah Pelaksanaan:

- Penganjuran aktiviti berasaskan minat dan kemahiran generasi muda
- Melibatkan generasi muda dalam gerak kerja surau
 
c) Wakil Zon

Objektif:

- Menghidupkan amalan amar ma’ruf nahi munkar
- Memperbaiki sistem penyampaian maklumat dan penerimaan maklumbalas
- Melatih kemahiran kepemimpinan

Organiasi:

- Ketua Wakil Zon: Ketua Biro Kebajikan
- Wakil-Wakil Zon: Lantikan Pengerusi

Kaedah Pelaksanaan:

- Mewujudkan mekanisme penyampaian maklumat
- Membuat latihan kemahiran komunikasi

d) Unit Media Online

Objektif:

- Menyampaikan dakwah kepada generasi muda
- Mewujudkan medium penerangan dan interaksi dengan pihak luar

Organisasi:

- Ketua Unit Media Online: Pemeriksa Kira-Kira 1
- Penolong Ketua Unit Media Online: Pemeriksa Kira-Kira 2
- Ahli: Lantikan daripada Rakan Surau

Kaedah Pelaksanaan:

- Mengemaskini laman blog, Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, LiveStream dan Whats App
- Memberi kursus/bengkel aplikasi berkaitan kepada pasukan Unit Media Online
 
e) Penyelaras Program

Objektif:

- Melancarkan perjalanan dan pemantauan keberkesanan program
- Melatih kepemimpinan dan kemahiran pentadbiran

Organisasi:

- Ketua Penyelaras Program: Pengerusi
- Timbalan Ketua Penyelaras Program: Timbalan Pengerusi
- Penyelaras Program:
            1) Kuliah & Ceramah
            2) Kelas
            3) Halaqah
            4) Bengkel
            5) Kursus
            6) Lawatan
            7) Hari Kebesaran Islam
            8) Aktiviti Luar

Kaedah Pelaksanaan:

- Memastikan perjalanan program berjalan lancar dari segi jemputan, aturcara, keperluan teknikal dan kewangan
 
2) Penyediaan Ahli Jawatankuasa Berkemahiran dan Amanah
 
a) Pelaksanaan Latihan Secara Optimum

Objektif:

- Memastikan gerak kerja pengurusan dan imarah dinamik, progresif dan berjalan lancar

Kaedah Pelaksanaan:

- Mengadakan kursus dan bengkel
- Membuat lawatan kerja ke masjid dan/atau surau cemerlang

TRANSFORMASI KEWANGAN
  
1) Pembukaan Akaun Bank

Objektif:

- Memudahkan pengumpulan & penyimpanan sumbangan kewangan
- Memperkemas rekod debit dan kredit

Organisasi:

- Ketua Unit Kewangan: Bendahari
- Timbalan Ketua Unit Kewangan: Pemeriksa Kira-Kira 1 & 2

Kaedah Pelaksanaan:

- Mewujudkan 2 jenis akaun:
          1) Akaun Pengurusan dan Imarah
          2) Akaun Pembangunan

2) Pendaftaran E-Sadaqah Bank Islam

Objektif:

- Memperluas kutipan derma
- Mewujudkan kerjasama pintar dengan pihak bank

Kaedah Pelaksanaan:

- Membuat permohonan pendaftaran dengan pihak bank
- Membuat hebahan kepada umum
 
3) Penyediaan ‘Petty Cash’

Objektif:

- Memudahkan perbelanjaan guna segera

Kaedah Pelaksanaan:

- Menyediakan bekas berkunci Petty Cash
- Menyediakan rekod keluar masuk duit

4) Permohonan Surau Angkat GLC/Swasta/Yayasan

Objektif:

- Menambah sumber kewangan surau
- Mewujudkan perkongsian pintar dari segi sumber manusia dan aset

Kaedah Pelaksanaan:

- Melibatkan GLC/swasta/yayasan dalam penganjuran aktiviti
- Memohon sebagai surau angkat dan sumbangan tetap
 
TRANSFORMASI ASET
 
1) Daftar Aset

Objektif:

- Memantau keadaan aset dan penggunaannya
- Memastikan aset diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan

Kaedah Pelaksanaan:

- Mewujudkan rekod daftar aset yang terperinci
- Melantik AJK yang bertanggungjawab terhadap aset
- Menyediakan jadual penyelenggaraan aset

2) Penambahan Aset

Objektif:

- Melancarkan gerak kerja pentadbiran dan aktiviti surau

Kaedah Pelaksanaan:

- Mengenalpasti keperluan aset baru untuk setiap kategori aktiviti surau
- Mencari penaja untuk aset bernilai tinggi
 
3) Penyelenggaraan Aset

Objektif:

- Memastikan aset berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan secara optimum

Kaedah Pelaksanaan:

- Melantik pihak ke-3 untuk kerja-kerja penyelenggaraan
- Membuat pengagihan tugas di kalangan AJK untuk memeriksa aset kecil yang tidak memerlukan kerja teknikal

TRANSFORMASI PEMBANGUNAN

Objektif:

- Menyediakan prasarana surau sebagai pusat khidmat masyarakat
- Menarik masyarakat untuk mengimarahkan surau

Keadah Pelaksanaan:

- Fasa 1: Renovasi Bangunan Utama
(Ruang Solat, Pejabat, Galeri Akhbar & Majalah, Perpustakaan, Sistem Elektrik 3 Phase)

- Fasa 2: Renovasi Bangunan Tambahan
(Bilik Serbaguna, Ruang Niaga, Tempat Wudhu’ & Tandas)

- Fasa 3: Infrastruktur Halaman
(Pentas Terbuka, Court Badminton / Takraw, Taman Permainan Kanak-Kanak & Ruang Parkir Kenderaan)
 
TRANSFORMASI REKOD
 
1) Sistem Fail

Objektif:

- Memperkemas penyimpanan dokumen dan surat menyurat

Kaedah Pelaksanaan:

- Mewujudkan lokasi khas fail yang disusun mengikut tajuk/perkara
- Mewujudkan nombor rujukan fail
 
2) Daftar Keluarga Ahli Kariah

Objektif:

- Memudahkan penyampaian maklumat
- Membantu gerak kerja dakwah kepada kumpulan sasaran

Kaedah Pelaksanaan:

- Mewujudkan pengkalan data (database) yang mengandungi maklumat asas semua keluarga dalam kariah
- Membuat kajian dan penyelidikan sosioekonomi untuk membantu dakwah
- Melatih wakil zon untuk mengenalpasti ahli kariah dalam zon

TRANSFORMASI KEBAJIKAN
 
1) Kad Keahlian Surau

Objektif:

- Memupuk rasa kebersamaan dan kebertanggungjawaban terhadap surau
- Mewujudkan perkongsian pintar antara surau dan pihak luar
- Memberi perkhidmatan tambah nilai kepada para jemaah
- Meningkatkan imej professionalisme surau

Kaedah Pelaksanaan:

- Memohon dengan pihak pembekal perkhidmatan dan barang untuk memberi sedikit diskaun atau keistimewaan lain kepada pemegang kad:
          1) Barangan Runcit
          2) Kesihatan
          3) Servis Kereta
          4) Fotostat
          5) Buku & Alat Tulis
          6) Gas Memasak
          7) Court Futsal
 
2) Pemberian Bantuan & Penghargaan

Objektif:

- Meningkatkan fungsi surau sebagai pusat khidmat masyarakat
- Menarik minat ahli kariah 

Kaedah Pelaksanaan:

- Memberi bantuan atau hadiah penghargaan untuk ahli kariah
  1) Bakal haji / baru pulang mengerjakan haji
  2) Pelajar yang ingin menduduki peperiksaan / berjaya dalam peperiksaan
  3) Ibu / bapa / keluarga mithali (contohnya sempena hari ibu atau hari bapa)
  4) Anak-anak lelaki yang berkhatan
  5) Anak-anak yang berjaya memasuk institusi pengajian tinggi/pusat-pusat pengajian agama
  6) Pengantin baru
  7) Guru/Pekerja (Hari Guru/Pekerja)
  8) Anugerah usahawan contoh
  9) Meraikan guru-guru agama dalam kampung
10) Bantuan/meraikan anak-anak kurang upaya
11) Bantuan/meraikan anak yatim / ibu tunggal
12) Majlis agihan bantuan zakat
 
3) Pembukaan Bilik Gerakan / Operasi

Objektif:

- Meningkatkan fungsi surau sebagai pusat khidmat masyarakat

Kaedah Pelaksanaan:

- Pembentukan pasukan dan gerak kerja khas
  1) Bencana (Banjir, Kebakaran, Penyakit dan lain-lain)
  2) Kemasukan Sekolah & IPT serta Kerjaya
  3) Pilihanraya

TRANSFORMASI PENERANGAN

 Objektif:

- Memperbaiki kualiti dan keberkesanan penyampaian maklumat

 Kaedah Pelaksanaan:

- Melantik AJK bertanggungjawab untuk setiap medium penerangan
- Mengadakan mesyuarat berkala Unit Wakil Zon
- Menyediakan medium penerangan baru:
            1) Papan Kenyataan Digital (Flat Screen Monitor)
            2) Papan Kenyataan Biasa
            3) Buletin Mingguan
            4) Papan Tanda Berlampu
            5) Business Card

TRANSFORMASI DAKWAH & TARBIYAH

1) Kuliah/Kelas Berasaskan Keutamaan

Objektif:

- Menyediakan masyarakat untuk beramal dengan ilmu
- Menjadikan kuliah sebagai platform diskusi penyelesaian masalah setempat

Kaedah Pelaksanaan:

- Menggunakan pendekatan kontemporari yang diharuskan syara’ dalam penyampaian 
- Menetapkan tajuk/tema/kitab/buku yang asas dan penting dalam suasana
  semasa:
            1) Kuliah Soal-Jawab Agama
            2) Kuliah Fiqh Kontemporari
            3) Kuliah & Bengkel ‘Islamic Parenting’
            4) Kuliah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah
            5) Kuliah Akhlak Rasulullah Sehari Semalam
            6) Kuliah Sirah Nabawiyyah
            7) Kuliah Tafsir Al-Quran & Syarah Hadith
 
2) Pusat Kecemerlangan Al-Quran

Objektif:

- Melahirkan generasi faqih Al-Quran
- Menjadi pusat rujukan berkaitan ilmu Al-Quran

Kaedah Pelaksanaan:

- Pelantikan dan latihan guru-guru khas untuk pengajaran & pembelajaran
  Al-Quran
- Menyediakan aset yang diperlukan untuk perjalanan kelas
 
3) Integrasi Ilmu & Kefahaman Agama Dalam Aktiviti Luar

Objektif:

- Memberi kesedaran tentang kehidupan beragama yang lengkap (syumul)
- Menarik minat bukan Islam dengan keluasan dan keterbukaan Islam

Kaedah Pelaksanaan:
- Karnival/Ihtifal
- Aktiviti Sukan
- Ceramah/Pemeriksaan Kesihatan
- Bengkel Bijak Belajar
- Bengkel Pengurusan Kewangan Keluarga